Bee Seng sambut ulang tahun ke-30

Bee Seng sambut ulang tahun ke-30

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Bee Seng Airconditioning & Engineering Sdn Bhd, syarikat pembekal dan penjual penyaman udara, menyambut ulang tahunnya ke-30 tahun dengan mengadakan majlis di syarikat berkenaan, di Kampung Beribi, di sini, hari ini.

Pengarah Bee Seng Airconditioning & Engineering Sdn Bhd, Lim Jin Wei dalam ucapan alu-aluannya menceritakan sedikit sebanyak mengenai latar belakang dan sejarah syarikat yang bermula pada tahun 1985 di Seri Kompleks dengan hanya tiga kakitangan dan dua juruteknik.

Syarikat berkenaan membekalkan produk penyaman udara berjenama Mitshubishi dari Jepun dan kini semakin berkembang dengan mempunyai 20 kakitangan di bahagian pentadbiran dan pemasaran.

“Kini, saya merupakan generasi ketiga yang menguruskan syarikat ini dengan penolong syarikat. Kami ingin mencapai pasaran yang lebih besar dengan menyediakan barangan berkualiti, perkhidmatan profesional dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami,” ujarnya lagi.

Menurutnya, 30 tahun hanya terdapat penyaman udara jenis jendela (window) berkuasa kuasa 1hp – 2.5hp, tetapi kini mempunyai lebih 30 model, dan 20 tahun yang lalu perbezaan harga juga jelas lihat.

Orang ramai yang hadir semasa majlis sambutan 30 tahun syarikat berkenaan.
Orang ramai yang hadir semasa majlis sambutan 30 tahun syarikat berkenaan.
Dayang Khairul Bariyah (kanan) menerima hadiah dari Lim Jin Wei.
Dayang Khairul Bariyah (kanan) menerima hadiah dari Lim Jin Wei.

Majlis sambutan berkenaan dihadiri oleh para pelanggan yang turut menyaksikan pelancaran penyaman udara baru iaitu Non-Inverter R410A, yang lebih mesra alam, lebih cekap, dan jimat tenaga dengan menggunakan motor teknologi DC, kurang bising, lebih berkuasa dan boleh dipercayai.

Majlis turut menyaksikan pengumuman pemenang bagi kempen Teka dan Menang yang telah berlangsung pada 10 hingga 31 Mei yang lalu, sekali gus penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Lim Jin Wei.

Kira-kira 400 penyertaan diterima, bagaimanapun hanya tiga hadiah utama disediakan di samping 10 hadiah sagu hati berupa baucar $20.

Hadiah utama berupa satu unit penyaman udara R410A Non-Inverter Standard Wall Mounted 1hp dimenangi oleh Dayang Khairul Bariyah, manakala itu Tia Sui Chen memenangi baucar diskaun 50 peratus bagi pembelian R410A dan Dayang Nooraslina Abdullah memenangi diskaun 25 peratus.