‘Beethoven Jepun’ bakal bintangi filem dokumentari

‘Beethoven Jepun’ bakal bintangi filem dokumentari

TOKYO, 7 Mei (AFP) – Seorang komposer palsu yang pernah digelar “Beethoven Jepun” tetapi tidak tuli dan terutamanya tidak berbakat dalam muzik, dijangka membintangi sebuah filem dokumentari tentang kepura-puraannya, menurut laporan hari ini. Mamoru Samuragochi menjadi terkenal dalam tahun 1990-an dengan gubahan klasik yang menyediakan runut-bunyi ke permainan video termasuklah Resident Evil, dan kemudian mengaku mengalami keadaan merosot yang menjejaskan pendengarannya.

Kisahnya terbukti sangat menarik media Jepun, yang menerima kebohongan tentang bakat yang terseksa yang berdepan dengan keadaan menjejaskan, untuk menghasilkan ‘Symphony No 1, Hiroshima’ sebuah penghargaan kepada mereka yang terbunuh dalam pengeboman nuklear 1945 di bandar itu.

Dalam tahun 2013, dia tumpuan dokumentari yang disiarkan oleh penyiar kerajaan, NHK, yang menunjukkan ahli muzik itu melawat timur laut Jepun yang musnah akibat tsunami untuk menemui para mangsa dan mereka yang kehilangan anggota keluarga dalam kemusnahan 2011.

Tetapi Samuragochi terpaksa menceritakan segala-galanya tahun lalu selepas penulis ghaibnya muncul dari bayangan untuk mendakwa bahawa pakar olok-olok itu tidak mengalami masalah hilang pendengaran – dan malah tidak boleh menulis muzik lembaran.

Gambar fail 2014 menunjukkan Mamoru Samuragochi, yang digelar ‘Beethoven Jepun’ semasa sidang akhbar di Tokyo. – AFP
Gambar fail 2014 menunjukkan Mamoru Samuragochi, yang digelar ‘Beethoven Jepun’ semasa sidang akhbar di Tokyo. – AFP

Samuragochi membuang kaca mata hitam yang menjadi ciri utamanya, memotong rambutnya yang pendek dan kemas berpakaian untuk memohon maaf secara menghina diri pada sidang media, tetapi kerosakan telah dilakukan dan namanya tetap menjadi contoh ketidakjujuran.

Kini orang yang pernah menjadi wira muzik ini nampaknya berusaha memulihkan semula imejnya yang telah musnah dengan beraksi sendiri dalam filem dokumentari yang dijangka dikeluarkan tahun depan, lapor Nikkan Sports. Filem itu, yang penggambarannya telah pun bermula, diarah oleh Tatsuya Mori, yang terkenal dengan dokumentari bagi kultus apokaliptik yang melancarkan serangan gas saraf maut di sistem bawah tanah Tokyo.

Penyiar televisyen mengatakan ia telah berbincang dengan peguam Samuragochi, yang menggesa anak guamnya terlibat dalam filem itu.

Sejak kisah penipuan Samuragochi muncul, penulis ghaib, Takashi Niigaki telah menikmati kejayaan sederhana dan muncul dalam sebilangan program televisyen.

ARTIKEL YANG SAMA