Beg kulit buaya dilelong AS$222,912

Beg kulit buaya dilelong AS$222,912

HONG KONG, 2 Jun (AFP) – Sebuah beg kulit buaya Hermes warna fuchsia telah memecah rekod untuk beg tangan paling mahal yang dijual pada pelelongan, dijual dengan harga AS$222,912 pada satu pelelongan Christie’s di Hong Kong.

Beg warna merah muda itu dijual kepada seorang pembida telefon Asia dalam satu pelelongan yang melihat “bidaan yang cepat dari mula hingga akhir,” kata Christie’s dalam satu kenyataan lewat semalam.

Harga terakhir dicapai pada pelelongan semalam adalah kira-kira 15 peratus lebih daripada anggaran firma pelelongan itu.

“Dengan perkakasan berlian dan emas putih 18k, Hermes Shiny Fuchsia Porosus Kulit Buaya Berlian Birkin 35 mempesona orang ramai, mencatat rekod HK$1.72 juta,” kata Christie’s dalam satu kenyataan.

Beg itu, sebahagian daripada siri “Birkin” yang dinamakan sempena pelakon dan penyanyi Jane Birkin, yang dilahirkan di Britain dan berpangkalan di Perancis, memaparkan kancing dan mangga bertatahkan berlian dan mempunyai ketinggian 25 sentimeter dan 35 sentimeter lebar.

Gambar yang dirakam pada 2 April 2015 dan diedarkan pada 2 Jun 2015 menunjukkan beg kulit buaya Hermes warna fuchsia yang memecah rekod untuk beg tangan paling mahal dijual pada pelelongan, dijual dengan harga AS$222,912 pada satu pelelongan Christie’s di Hong Kong. – AFP
Gambar yang dirakam pada 2 April 2015 dan diedarkan pada 2 Jun 2015 menunjukkan beg kulit buaya Hermes warna fuchsia yang memecah rekod untuk beg tangan paling mahal dijual pada pelelongan, dijual dengan harga AS$222,912 pada satu pelelongan Christie’s di Hong Kong. – AFP

Pada pelelongan sama yang melihat kira-kira 300 pereka beg tangan yang dilelong, sebuah beg kulit buaya “Kelly” warna hitam dijual dengan harga AS$145,000, memecah rekod untuk beg “Kelly” paling mahal pada pelelongan.

Produk “Kelly” dinamakan sempena mendiang Puteri Monaco Grace.

Jualan beg tangan dan aksesori firma pelelongan mencatat jualan berjumlah $5.99 juta.

Beg tangan berjenama merupakan kegilaan terbaru untuk pengumpul, memukau firma pelelongan global dan mencatat jualan harga yang tinggi.

Rekod sebelumnya dicatat pada jualan sebuah lagi beg Hermes Birkin oleh firma pelelongan Amerika bernilai pada kira-kira AS$203,000 pada 2011.