Beg pintar menjerit kawal perbelanjaan

Beg pintar menjerit kawal perbelanjaan

LONDON 25 Nov (Agensi) – Jika anda sukar mengawal perbelanjaan kad kredit, anda mungkin boleh menggunakan beg pintar yang dihasilkan oleh tiga pelajar di Scotland bagi menangani tabiat buruk itu.

Beg pintar yang diperkenalkan oleh pelajar Kolej Jordanstone di Dundee, Leanne Fischler, Kirsty Sneddon, dan Rebecca Smith itu dilengkapi teknologi bagi mengekang pemiliknya untuk berbelanja secara berlebihan dengan menggunakan kad kredit.

Menurut portal Mail Online, setiap kali pengguna mengeluarkan kad kredit, beg uniseks tersebut boleh mengeluarkan jeritan menerusi pembesar suara yang berbunyi, ‘Adakah anda perlukan kad kredit?’ atau ‘Anda telah banyak berhutang’.

Malah jelas laporan terbabit, pekikan itu akan bertambah kuat jika kad kredit dikeluarkan dengan lebih kerap.

Beg pintar yang dilengkapi dengan alat pengesan bagi mengawal perbelanjaan kad kredit. – Agensi
Beg pintar yang dilengkapi dengan alat pengesan bagi mengawal perbelanjaan kad kredit. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA