Beg udara perlu diperiksa di luar Jepun

Beg udara perlu diperiksa di luar Jepun

DETROIT, 16 Julai – Masalah beg udara meletup mungkin tersebar meluas di luar pengeluar Jepun Takata Corp.

Pengatur keselamatan AS sedang menyiasat inflator yang dibuat oleh ARC Automotive Inc yang dipasang dalam kira-kira 420,000 van mini Fiat Chrysler Town and Country dan 70,000 kenderaan sedan saiz sederhana Kia Optima.

Siasatan itu, didedahkan dalam dokumen yang dikeluarkan semalam oleh Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya dan Lalu Lintas Nasional, diadakan beberapa minggu selepas Takata bersetuju untuk menarik balik 33.8 juta inflator dalam penarikan laik kereta terbesar di Amerika Syarikat (AS) dalam sejarah Amerika. Sekurang-kurangnya lapan orang telah terbunuh di seluruh dunia akibat serpihan yang berterbangan daripada inflator Takata, dan lebih daripada 100 orang cedera.

Agensi keselamatan berkata ia menerima satu aduan pada Disember mengenai satu kejadian pada 2009 dalam van mini Chrysler 2002 tetapi memutuskan ia merupakan satu kes terasing yang membabitkan inflator ARC bahagian pemandu. Seterusnya pada Jun, Kia memberitahu agensi mengenai satu tindakan guaman yang membabitkan sebuah Optima 2004 di New Mexico dengan inflator ARC, maka NHTSA memutuskan untuk melancarkan siasatan. Kedua-dua kes adalah kejadian yang dikenalpasti yang membabitkan inflator ARC dalam kenderaan yang dikeluarkan oleh salah satu pengeluar kereta berkenaan.

Agensi berkata satu orang cedera dalam setiap kejadian itu. – Agensi