Beijing beri amaran langkah AS

Beijing beri amaran langkah AS

BEIJING, 15 Okt – Beijing memberi amaran hari ini yang ia akan ‘menentang setegasnya’ pencabulan ke atas kawasan kedaulatannya selepas tanda-tanda Washington akan menghantar kapal perang dekat dengan pulau tiruannya di Laut China Selatan.

Ketegangan meningkat sejak China mengubah terumbu di kawasan itu – juga dituntut oleh beberapa negara jiran – menjadi kepulauan kecil yang mampu membantu kemudahan tentera, satu langkah yang menurut AS mengancam kebebasan pengemudian.

Ekoran pertemuan para pegawai Amerika dan Australia Selasa lalu, Setiausaha Pertahanan AS Ash Carter memberi amaran Beijing bahawa Washington akan terus menghantar tenteranya ke tempat yang dibenarkan mengikut undang-undang antarabangsa, termasuklah Laut China Selatan.

Jurucakap kementerian luar negeri China, Hua Chunying mengatakan negara itu menghormati kebebasan navigasi dan penerbangan di Laut China Selatan, namun akan ‘menentang tegas pencabulan kedaulatannya di bawah helah seperti itu’.

Komen Hua muncul selepas Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter memberi amaran Beijing berikutan mesyuarat pegawai Amerika dan Australia pada Selasa yang Washington akan terus menghantar tenteranya ‘bila saja undang-undang antarabangsa membenarkan”, termasuk Laut China Selatan.

Kenyataan itu disokong oleh Menteri Luar Australia, Julie Bishop yang berkata bahawa kedua-dua negara ‘pada halaman sama’. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA