Beijing enggan berganjak

Beijing enggan berganjak

BEIJING, 7 Jun – Beijing tidak akan berganjak atas tuntutannya berkaitan pemilikan sebahagian besar tranche Laut China Selatan, tegas seorang pegawai tertinggi hari ini, ketika mesyuarat tahunan penting bersama Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa pembaharuan baru berhubung isu tersebut.

Semasa rundingan dua hari di bandar China, Setiausaha Negeri AS, John Kerry menggesa China untuk menamatkan pertikaian wilayahnya secara aman dan berdasarkan atas ‘perintah undang-undang’.

Namun diplomat tertinggi Beijing, Yang Jiechi mengatakan AS seharus tidak terlibat dengan pertikaian itu , termasuk kes arbitrari antarabangsa yang diusulkan oleh Filipina.

Pendirian China ke atas kes itu adalah “sejajar dengan undang-undang antarabangsa,” kata Yang, menegaskan kedudukan Beijing ‘belum dan tidak akan berubah’.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob Lew (kiri), John Kerry (dua, kiri), Timbalan Perdana Menteri China, Wang Yang (dua kanan) dan Yang Jiechi ketika menyertai kenyataan penutup Dialog AS-China di Great Hall of People, Beijing pada 7 Jun. – AFP
Setiausaha Perbendaharaan AS, Jacob Lew (kiri), John Kerry (dua, kiri), Timbalan Perdana Menteri China, Wang Yang (dua kanan) dan Yang Jiechi ketika menyertai kenyataan penutup Dialog AS-China di Great Hall of People, Beijing pada 7 Jun. – AFP

Kes itu, ujarnya, seharusnya diselesaikan secara langsung antara parti-parti yang terlibat dan menyeru Washington untuk ‘menghormati janjinya untuk tidak terlibat dalam pertikaian wilayah’.

Laut China Selatan sudah lama ‘menjadi wilayah China sejak zaman purba lagi’ dan China ‘mempunyai hak untuk mendukung kedaulatan wilayahnya dengan hak maritim sah dan berundang-undang,” kata Yang. – AFP