Beijing hos Olimpik Musim Sejuk 2022

Beijing hos Olimpik Musim Sejuk 2022

KUALA LUMPUR, 31 Julai (AFP) – Ibu negara China, Beijing dipilih oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan Lausane pula dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2020, dalam pengumuman keputusan yang dibuat Presiden IOC, Thomas Bach di sini, petang tadi.

Beijing mengatasi Almaty dari Kazakhstan dalam undian yang dilakukan sewaktu Persidangan ke-128 IOC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) petang Jumaat. Berikutan kejayaan itu, Beijing menjadi bandar raya pertama menganjurkan kedua-dua Sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk.

Sementara itu, Lausanne, lokasi ibu pejabat IOC, telah dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2020 selepas mengalahkan Brasov, Romania menerusi undian 85 ahli jawatankuasa petang tadi.

OIC berpindah ke Lausanne pada 1915 dan kini memiliki Muzium Olimpik di situ, selain merancang membina ibu pejabat baharu sebagai mercu tanda.

Bach ketika mengumumkan tuan rumah Olimpik Musim Sejuk 2022 di Kuala Lumpur petang tadi. - AFP
Bach ketika mengumumkan tuan rumah Olimpik Musim Sejuk 2022 di Kuala Lumpur petang tadi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA