Beijing keluarkan amaran pertama asbut tinggi

Beijing keluarkan amaran pertama asbut tinggi

BEIJING, China, 29 Nov (NNN) – Beijing hari ini mengeluarkan amaran asbut tertinggi tahun ini, dengan menaikkannya dari kuning dua hari lalu kepada jingga.

Pusat cuaca perbandaran berkata kelembapan dan ketiadaan angin bermakna asbut akan berterusan dua hari lagi, sebelum cuaca sejuk tiba pada Rabu.

Hari ini, bacaan dari PM2.5, partikel bawaan udara yang lebih kecil dari 2.5 mikron diameter, mencecah 274 mikrogram setiap meter isi padu di kebanyakan bahagian di ibu negara.

Di bawah mekanisme amaran cuaca berwarna jingga, kilang industri dikehendaki mengurangkan atau menutup penghasilan, tapak binaan seharusnya menghentikan pengangkutan bahan-bahan dan sisa-sisa manakala lori berat ditegah berada di jalan raya.

ARTIKEL YANG SAMA