Beijing lapor kes baru H7N9

Beijing lapor kes baru H7N9

BEIJING, 15 Jun (Xinhua) – Pihak berkuasa Beijing mengesahkan hari ini bahawa seorang penduduk luar bandar telah dirawat bagi jangkitan H7N9 ke atas manusia di bandar itu.

Pesakit itu, yang dikenal pasti sebagai Chen, berusia 68 tahun merupakan petani dari Bandar Langfang di Wilayah Hebei. Dia dipindahkan ke Beijing selepas simptomnya semakin buruk ketika dirawat di Hebei, kata Suruhanjaya Perbandaran Kesihatan dan Perancangan Keluarga Beijing dalam satu kenyataan.

Chen tidak dijangkiti dengan penyakit ayam itik, katanya.

H7N9 penyakit yang pertama kali dilaporkan telah menjangkiti manusia pada Mac 2013 di China. Kes itu bia-sanya berlaku pada musim sejuk dan bunga.

Dua pesakit H7N9 lagi, salah seorangnya juga dari Langfang, telah dirawat di wilayah berjiran Perbandaran Tianjin. Manakala pesakit lain berasal dari Kawasan Baru Binhai Tianjin, menurut Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Perbandaran Tianjin.

Dua pesakit itu telah dimasukkan ke hospital di Tianjin selepas mendapat pneumonia serius yang mana kedua-duanya ada dijangkiti penyakit ayam itik.

ARTIKEL YANG SAMA