Beijing panggil diplomat AS, bantah jualan senjata

Beijing panggil diplomat AS, bantah jualan senjata

BEIJING, 17 Dis – Beijing memanggil seorang diplomat Amerika Syarikat untuk mengemukakan bantahan berhubung penjualan pertama senjata ke Taiwan dalam tempoh empat tahun, lapor media negara China hari ini, tatkala penggubal undang-undang Taiwan mengalu-alukan perjanjian bernilai AS$1.83 bilion itu.

Timbalan Menteri Luar, Zheng Zeguang memanggil Kaye Lee, kuasa usaha kedutaan AS di China lewat semalam, lapor agensi berita Xinhua.

“Taiwan adalah kawasan yang tidak dapat dipisahkan di wilayah China. China menentang kuat penjualan senjata AS kepada Taiwan,” Zheng dipetik sebagai berkata. China akan mengenakan sekatan ke atas syarikat yang terbabit dalam penjualan senjata, kata Zheng.

Penjualan itu mencabul undang-undang antarabangsa, yang menjadi prinsipal bersama China-AS sebelum ini serta ‘menjejaskan dengan teruk’ kedaulatan dan keselamatan China, kata beliau, menurut Xinhua.

Di Washington semalam, jurucakap Jabatan Negara AS John Kirby berkata penjualan adalah sejajar dengan dasar Satu China dan Akta Hubungan Taiwan di mana Amerika Syarikat menjamin “keupayaan Taiwan untuk mempertahankan diri yang secukupnya.”

Ia adalah urus niaga senjata AS pertama dengan pulau itu dalam empat tahun, dan pakej senjata keempat sejak 2008. Perjanjian terbaru membawa jumlah jualan senjata ke Taiwan kepada 12 bilion dolar ketika pentadbiran Obama.

Apabila ditanya sama ada AS bimbang mengenai bagaimana China akan bertindak balas terhadap penjualan, Kirby berkata AS membuat keputusan itu berdasarkan ‘penilaian kamii tentang keperluan pertahanan Taiwan. Itulah satu-satunya faktor’.

Beliau berkata AS telah menghubungi China semalam mengenai penjualan itu.

“Tidak timbulnya keperluan ia memberi kesan negatif ke atas hubungan kami dengan China,” kata Kirby.

China telah menuntut kedaulatan ke atas Taiwan sejak berakhirnya perang saudara pada 1949. AS tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik formal dengan Taiwan sejak 1979, apabila ia beralih pengiktirafan diplomatik kepada Beijing, tetapi mengekal hubungan ekonomi dan tentera yang meluas. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA