Beijing pilih London terbit bon yuan

Beijing pilih London terbit bon yuan

LONDON, 27 Mei – Kerajaan China telah melancarkan bon berdaulat menggunakan renminbi di London, yang pertama di luar ekonomi kedua terbesar dunia, kata Perbendaharaan Britain semalam.

Beijing mengeluarkan bon bernilai 3.0 bilion renminbi, kata Perbendaharaan dalam satu kenyataan.

“Memilih London sebagai destinasi untuk mengeluarkan bon RMB berdaulat China pertama yang dikeluarkan di luar China adalah memperkukuh hubungan ekonomi dan kewangan UK yang kukuh dengan China,” kata menteri kewangan George Osborne (gambar) dalam kenyataan.

Tindakan itu diambil selepas Bank Rakyat China pada tahun lalu melancarkan bon yang menggunakan mata wangnya sendiri di London dalam penjualan berhutang bernilai 5.0 bilion RMB, atau yuan.

Ia dikatakan merupakan kali pertama pelelongan bon yuan dilakukan di luar China dan Hong Kong.

BRITAIN-EU-POLITICS-ECONOMY

Britain, yang pada bulan depan mengundi dalam satu referendum mengenai sama ada untuk kekal dalam Kesatuan Eropah, sedang mencari China untuk menjadi rakan ekonomi utama.

“Tarikan London kepada pelabur asing adalah jelas tetapi statusnya sebagai pusat kewangan terkenal di dunia sukar dimenangi,” tambah menteri kewangan Osbourne semalam.

“Adalah penting kami tidak menjejasnya dengan mengundi untuk meninggalkan EU pada 23 Jun,” tambah beliau.

Sementara itu kerajaan Konservatif Perdana Menteri David Cameron telah dituduh oleh parti Pekerja bahawa kempennya untuk menjalin hubungan yang lebih erat dengan China sedang menghambat usaha untuk menyelamat 15,000 pekerjaan keluli.

Tata Steel di India menjual asetnya di UK, menyalahkan tindakan ke atas kemelesetan import besi China yang murah yang digunakan dalam pembinaan. Sementara itu, kerajaan Cameron menghadapi tuduhan bahawa ia telah menyekat tarif EU yang lebih tinggi. – AFP