Beijing tetap berdegil

Beijing tetap berdegil

BEIJING, 30 Okt (AFP) – China tidak akan mengendahkan sebarang penemuan tribunal antarabangsa berhubung kes yang dikemukakan oleh Filipina berhubung kepulauan yang dipertikaikan di Laut China Selatan, Beijing berkata hari ini selepas mahkamah memutuskan untuk menimbangkan tindakan itu.

Mahkamah Tetap Penimbangantaraan – yang berusia lebih sedekad dan beribu pejabat di The Hague – semalam memerintahkan bahawa ia mempunyai bidang kuasa berhubung isu itu.

Manila menegaskan Konvensyen PBB Berhubung Undang-Undang Laut, yang diiktiraf oleh China dan Filipina, seharusnya digunakan untuk menyelesaikan pertikaian wilayah berhubung terumbu dan pulau kecil terpencil yang telah mencetuskan amaran antarabangsa.

Tetapi China enggan menyertai prosiding itu, dengan mengatakan kes itu adalah tentang kedaulatan dan mahkamah tidak boleh mengeluarkan perintah berhubungnya.

“Kami tidak akan menyertai dan kami tidak akan menerima penimbangtaraan,” Timbalan Menteri Luar Liu Zhenmin memberitahu para pemberita di Beijing.

Gambar fail menunjukkan kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian wilayah antara China dan Filipina yang mencetuskan amaran antarabangsa. - Reuters
Gambar fail menunjukkan kepulauan Spratly yang menjadi pertikaian wilayah antara China dan Filipina yang mencetuskan amaran antarabangsa. – Reuters

“Perintah atau hasil penimbangtaraan tidak akan menjejaskan kedudukan China,” tambahnya.

“Ia tidak akan menjejaskan hak kedaulatan dan bidang kuasa China di Laut China Selatan, hak kami tidak akan terjejas.”

Sebagai anggota tetap yang memegang kuasa veto Majlis Keselamatan PBB, pendirian itu akan meletakkan Beijing dalam kedudukan sukar diplomatik jika mahkamah memerintahkan bahawa ia telah mencabuli salah satu statut sendiri PBB.

Beijing menegaskan ia mempunyai hak berdaulat kepada hampir kesemua Laut China Selatan, laluan air strategik yang mana sepertiga dagangan minyak dunia melintasinya.

Perairan yang dipertikaikan – juga dituntut sebahagiannya atau keseluruhan oleh Vietnam, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Brunei – juga menjadi medan pergelutan bagi dominan serantau antara Beijing dan Washington, dua kuasa ketenteraan dan ekonomi terbesar dunia.