Beijing tidak eksploitasi Myanmar

Beijing tidak eksploitasi Myanmar

BEIJING, 19 Ogos – Tuduhan yang mengatakan Beijing mengeksploitasi sumber Myanmar dimanipulasi oleh media Barat, lapor akhbar kerajaan China hari ini, dengan lawatan pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi dibayangi oleh projek empangan yang tertangguh.

Lawatan utama pertama Suu Kyi ke luar negara sejak pentadbiran awamnya mengambi alih pada Mac lalu telah didominasi oleh empangan Myitsone yang bernilai AS$3.6 bilion, yang tertangguh sejak bantahan pada tahun 2011.

Sejak itu Beijing telah menggesa bagi penyambungan semula projek yang disokong China.

Suu Kyi dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping hari ini selepas Beijing mengadakan pejuang demokrasi itu telah bersetuju untuk ‘menubuhkan jawatankuasa penyiasatan untuk dengan teratur menyelesaikan isu empangan itu’.

Akhbar kerajaan Global Times mengakui bahawa ‘kejayaan sebenar’ berhubung empangan adalah tidak mungkin ketika lawatan itu, tetapi menegaskan “Ia hanya faktor masa sebelum projek itu akan disambung semula.”

Ia juga menegur rakyat di Myanmar yang mendakwa bahawa Beijing mengeksploitasi sumber negara itu.

“Pemikiran yang salah ialah hasil daripada dorongan rakyat pada peringkat awal pendemokrasian dan manipulasi media Barat,” tambahnya.

Beijing memainkan peranan penting dalam melindungi bekas pemerintah-pemerintah junta Myanmar dari keaiban antarabangsa sementara Suu Kyi, kini Kaunselor Negara, diletakkan di bawah tahanan dalam rumah sebagai aktivis demokrasi.

Pada ketika itu Myitsone dilihat sebagai lambang dominan ekonomi Beijing ke atas Myanmar.

Dalam tahun 2011, kerajaan kuasi-awam telah menghentikan projek itu – pada awalnya direka untuk membekalkan kebanyakan elektriknya ke China – dalam langkah mengejut selepas bantahan tempatan.

Kini parti Suu Kyi, Parti Liga Demokrasi Kebangsaan berkuasa, lapor Global Times. “Empangan Myitsone tidak perlu dikaji lagi dari perspektif politik.”

AS telah membiayai beberapa kumpulan bukan kerajaan membantah empangan itu, menurut dokumen sulit yang dikeluarkan oleh WikiLeaks.

China Daily yang dikendali oleh kerajaan mengatakan dalam editorial bahawa lawatan Suu Kyi menunjukkan beliau adalah ‘realis politik’ yang menyedari kepentingan ‘menenteramkan’ China.

Myanmar semakin rapat dengan AS ketika peralihannya kepada pemerintahan awam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA