Bekalan air ke Tebing Barat disekat

Bekalan air ke Tebing Barat disekat

BAITULMAQDIS, 15 Jun (Agensi) – Berpuluh ribu penduduk Palestin terputus bekalan air selepas syarikat air Israel memotong bekalan ke kawasan utama yang diduduki di Tebing Barat, menyebabkan rakyat Palestin tidak mempunyai akses kepada air minuman yang selamat sepanjang Ramadan.

Mekorot, pembekal utama air ke ibu kota dan bandar-bandar Palestin, memotong bekalan air ke perbandaran Jenin, beberapa kampung di Nablus dan bandar Salfit serta perkampungan di sekitarnya.

Ayman Rabi, pengarah eksekutif Kumpulan Hidrologi Palestin, memberitahu Al Jazeera ada sesetengah kawasan yang tidak menerima air selama lebih 40 hari.

“Orang ramai bergantung kepada pembelian air daripada lori air atau mencari sumber alternatif seperti mata air dan pusat bekalan air lain di sekitar mereka,” katanya.

“Keluarga di sini terpaksa hidup dengan dua, tiga atau 10 liter perkapita air setiap hari,” kata beliau.

Beberapa kawasan lain juga sudah memulakan catuan air.

Bekalan air ke bandar Jenin dengan 40,000 penduduk dipotong sehingga separuh dan pihak pentadbiran memberi amaran akan meletak tanggungjawab ke atas Mekorot jika berlaku sebarang tragedi berikutan kekurangan bekalan air sepanjang bulan di musim panas ini. Mekorot tidak memberi sebarang maklum balas ketika diminta Al Jazeera untuk me-ngulas lanjut.

ARTIKEL YANG SAMA