Bekalan elektrik terputus

Bekalan elektrik terputus

MOSCOW, 22 Nov (Reuters) – Satu perintah darurat telah diisyitharkan di Crimea selepas pilon yang membekalkan elektrik dari Ukraine diletupkan yang mengakibatkan tenaga kepada hampir dua juta orang terputus, kata media dan kerajaan Rusia hari ini.

Kementerian Tenaga Rusia tidak menyatakan apakah punca terputusnya tenaga, tetapi media Rusia melaporkan dua pilon di rantau Kherson, dari utara Crimea, Ukraine telah diletupkan oleh nasionalis Ukraine.

Kementerian Tenaga Rusia berkata dalam satu kenyataan bahawa dua talian tenaga membawa tenaga dari Ukraine ke Crimea telah terjejas, yang mengakibatkan 1, 896, 000 orang tanpa bekalan elektrik.

Pilon-pilon tersebut dirosakkan oleh aktivis pada Jumaat lalu sebelum diletupkan semalam, menurut laporan.