Bekalan kuasa terputus akibat ribut

Bekalan kuasa terputus akibat ribut

CANBERRA, 28 Sept – Seluruh negeri Selatan Australia telah terputus daripada menerima bekalan kuasa tatkala negeri itu terjejas teruk oleh ribut besar pada petang hari ini, rangkaian bekalan kuasa Selatan Australia mengesahkan.

Mereka berkata dalam akaun twitter rasminya bahawa gangguan itu disebabkan oleh jana bekalan kuasa.

“Kami tidak menerima bekalan kuasa dan oleh itu seluruh negeri itu kini tanpa bekalan,” tulisnya dalam twitter.

Kakitangan rangkaian itu Jay Weatherill dalam twitternya memberitahu tentang gangguan itu dan menggesa penduduk untuk menggunakan kuasa bateri radio untuk mendengar stesen radio tempatan untuk mendapatkan maklumat yang diumumkan oleh kerajaan.

Jabatan Pengangkutan Selatan Australia berkata semua kereta api elektrik dan trem telah memberhentikan perkhidmatan. Difahamkan bahawa bekalan kuasa ke Lapangan Terbang Adelaide dan hospital di negeri itu juga telah terputus.

Saksi memberitahu Xinhua bahawa lampu isyarat di pusat bandar Adelaide tidak berfungsi. Pemandu di jalan raya digesa untuk memandu dengan berhati-hati. Perkhidmatan talian telefon juga berada di tahap lemah.

Semua bangunan pejabat dalam keadaan gelap. Terdapat juga insiden di mana beberapa orang telah terperangkap dalam lif apabila bekalan kuasa terputus.

Mujurlah, mereka berjaya membebaskan diri mereka.

Tiada sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini. Penduduk diberi amaran supaya bersiap sedia dengan keadaan yang lebih teruk dan angin kencang. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA