Bekas anggota pengaman PBB meninggal dunia

Bekas anggota pengaman PBB meninggal dunia

LABUAN, 9 Dis – Pegawai polis DSP Chua Su Wan, 55, meninggal dunia semalam kerana serangan strok. Beliau meninggal selepas menjalani pembedahan beberapa hari lepas di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, pada pukul 5.05 petang.

Mayatnya diterbangkan ke kampung halamannya di Lawas, Sarawak pada pukul 8.30 pagi tadi.

Chua berkhidmat dengan pasukan polis sejak 32 tahun lalu dengan menjawat terakhir selaku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Labuan. – Bernama