Bekas askar bunuh tiga polis

Bekas askar bunuh tiga polis

WASHINGTON, 18 Julai – Bekas askar Marin AS dan veteran perang Iraq menembak dan membunuh tiga polis Baton Rouge pada Ahad, dalam satu tindakan selepas pembunuhan di Dallas untuk membalas dendam ke atas warga Afrika-Amerika yang dibunuh oleh anggota polis.

Penembakan itu yang juga mencederakan tiga pegawai polis lain, berlaku di bandar yang dilanda oleh ketegangan dan bantahan perkauman ke atas kekejaman polis sejak kematian Alton Sterling pada 5 Julai, seorang lelaki berkulit hitam menembak polis berkulit putih pada jarak dekat.

Superintenden Polis Kerajaan Louisiana, Kolonel Mike Edmonson memberitahu para wartawan lelaki bersenjata – yang dikenal pasti oleh media AS sebagai Gavin Long, 29 – terbunuh dalam pertempuran senjata dan tidak ada suspek lain. Motifnya masih belum jelas.

“Sehingga kita belum lagi bersatu sebagai sebuah negara, sebagai rakyat, untuk sembuh sebagai seorang manusia, jika kita tidak melakukannya, kegilaan ini akan berterusan, kita sudah pasti terkorban sebagai seorang manusia,” Edmonson berkata semasa sidang media.

Para pegawai polis berkumpul berhampiran tempat kejadian jenayah di mana tiga pegawai polis dibunuh pada pagi 17 Julai di Baton Rouge, Louisiana. – AFP
Para pegawai polis berkumpul berhampiran tempat kejadian jenayah di mana tiga pegawai polis dibunuh pada pagi 17 Julai di Baton Rouge, Louisiana. – AFP

Siri penembakan terbaru yang melibatkan polis ini telah mendedahkan kesilapan besar menerusi masyarakat AS yang dikelilingi prejudis perkauman dan keganasan senjata.

Penembakan Baton Rouge itu berlaku di sepanjang lebuh raya berhampiran ibu pejabat polis sekitar jam 8:40 pagi (1340 GMT) selepas para pegawai bertindak ke atas panggilan tentang seorang lelaki membawa raifal. Suspek berpakaian semua hitam dan menurut laporan, dia memakai topeng.

Seorang saksi memberitahu media tempatan, lelaki bersenjata itu membawa raifal serangan yang kelihatannya jenis AR-15.

Penembak itu, yang tinggal di Bandar Kansas – lebih 700 batu dari utara Baton Rouge – merupakan bekas askar Marin yang berkhidmat antara 2008-2009 semasa jelajah tugas di Iraq. – AFP