Bekas banduan politik tanding bos FIFA

Bekas banduan politik tanding bos FIFA

PARIS, 25 Okt (Reuters) – Seorang ahli perniagaan Afrika Selatan dan bekas banduan politik, Tokyo Sexwale akan bertandingan bagi merebut jawatan presiden badan induk bola sepak dunia FIFA, menurut seorang jurucakap semalam ketika tarikh akhir bagi pencalonan semakin hampir.

Sexwale adalah calon kelima yang mengisytiharkan bahawa dia akan membuat bidaan bagi menggantikan Sepp Blatter dalam pengundian pada 26 Februari depan.

“Dia adalah calon Afrika Selatan dan kami berharap dia akan menjadi calon dari Afrika,” jurucakap Peter Paul Ngwenya memberitahu Reuters.

Persekutuan Bola Sepak Afrika Selatan (SAFA) berkata ia menyokong sepenuhnya bidaan dari Sexwale tersebut.

Calon-calon perlu menghantar kertas kerja mereka kepada FIFA, termasuk pencalonan dari lima persekutuan bola sepak, esok dan mereka kemudian akan berdepan dengan pemeriksaan integriti dari kumpulan Etika pertubuhan itu sebelum dibenarkan untuk bertanding.

Tokyo Sexwale. – Agensi
Tokyo Sexwale. – Agensi

Putera Ali Bin Al Hussein dari Jordan, bekas pemain midfield Trinidad and Tobago, David Nakhid, bekas pegawai FIFA, Jerome Champagne dan Michel Platini, Presiden bagi pertubuhan induk bola sepak Eropah, EUFA, juga berkata mereka telah menghantar pencalonan.

Peluang Platini adalah tipis kerana dia pada masa ini digantung, bersama Blatter dari Switzerland, bergantung ke atas penyiasatan etika FIFA, terhadap pembayaran dua juta Swiss francs (AS$2.04 juta) oleh badan induk bola sepak itu kepada bekas pemain midfield Perancis itu pada 2011.

Presiden dari Persekutuan Bola Sepak Asia, Sheikh Salman Bin Ebrahim Al Khalifa dari Bahrain juga mempertimbangkan bidaan itu dan mengumpulkan pendapat di kalangan persekutuan Asia minggu lalu.

Jumlah pencalonan tinggi luar biasa akan membawa kepada pemilihan yang panjang dan sukar dengan sistem pengundian FIFA menyingkirkan calon dengan sokongan kecil selepas setiap pusingan undian.

Rakan karib kepada bekas mendiang presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, kedua-duanya bersama-sama 13 tahun di penjara Robben Island, Sexwale adalah ahli Kongres Kebangsaan Afrika dan menteri kerajaan selepas aparteid sebelum bertukar kerjaya sebagai ahli perniagaan.

ARTIKEL YANG SAMA