Bekas bos Google guna iPhone

Bekas bos Google guna iPhone

AMSTERDAM, 25 Mei – Pemimpin industri teknologi Tim Cook dan Eric Schmidt (gambar) membawa pertarungan mereka untuk menguasai dunia korporat ke Eropah semalam berusaha untuk memenangi firma baru dan penggemar IT.

Dalam satu tindakan luar biasa, ketua eksekutif Apple Cook dan pesaingnya, bos Alphabet Schmidt hadir pada hari pembukaan seminar di Amsterdam untuk Pesta Firma Baru Eropah selama seminggu – walaupun mereka tidak naik ke pentas bersama.

Schmidt, ketua eksekutif untuk Alphabet dan bekas bos Google, mencetuskan ketawa apabila beliau mendedahkan mempunyai iPhone – dikeluarkan oleh pesaingnya – dalam poketnya serta Samsung.

Apabila lebih ramai penonton menunjukkan mereka mempunyai iPhone daripada Android, Schmidt berkata: “Sekianlah untuk monopoli Android di Eropah.”

“Samsung lebih baik, mempunyai bateri lebih baik. Adakah kami jelas?” tegas beliau. “Dan kepada anda semua yang merupakan pengguna iPhone, saya betul!” Di kemuncak dunia korporat, Apple dan Google sering terbabit dalam persaingan untuk menjadi nombor satu.

pg18_160526_b

Masih tidak jelas syarikat di Silicon Valley yang mana satu yang akan muncul di tempat pertama dalam persaingan yang memaparkan model perniagaan yang amat berbeza.

Kedua-dua syarikat mempunyai duopoly di pasaran telefon pintar, tetapi Apple mengeluarkan perkakasan dan perisiannya sendiri sementara Google hanya menyediakan perisian Android percuma untuk handset, termasuk kebanyakan produk yang dikeluarkan oleh pengeluar kos murah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA