Bekas bos tentera laut Khmer Rouge kena dakwa

Bekas bos tentera laut Khmer Rouge kena dakwa

PHNOM PENH, Kemboja, 15 Dis (Agensi) – Tribunal yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sedang membicarakan anggota-anggota bekas rejim Khmer Rouge, Kemboja bagi genosid dan jenayah lain berkata ia secara rasmi mendakwa pemerintah tentera laut kumpulan itu, Meas Muth, pada semalam.

Perdana Menteri Hun Sen telah membantah sebarang perluasan perbicaraan itu, dan polis Kemboja enggan menangkap Meas Muth.

Menurut tribunal itu, Meas Muth dengan sukarela mendengarkan dakwaan ke atasnya. Tindakan itu adalah langkah ke hadapan dalam proses membawa kader-kader bertaraf pertengahan ke muka pengadilan. Kumpulan komunis itu dipercayai bertanggung jawab atas kematian 1.7 juta orang emboja ketika ia berkuasa dalam tahun 1975-79, menerusi pelaksanaan hukuman mati, kebuluran dan penjagaan perubatan yang tidak mencukupi ketika ia mengumpulkan keseluruhan penduduk ke dalam masyarakat besar luar bandar.

Tribunal itu dikendalikan di bawah sistem yang membabitkan hakim-hakim antarabangsa dan Kemboja, pendakwa dan peguam. Tiga defendan telah didapati bersalah dalam perbicaraan awal, tetapi para pegawai Kemboja tidak bekerjasama dalam mendakwa suspek-suspek baru.

Dakwaan ke atas Meas Muth termasuklah homisid, genosid, jenayah ke atas kemanusiaan dan kesalahan lain. Dia adalah sasaran tunggal setakat ini dalam apa yang digelar Case 003. Tiga orang lagi – Ao An, Im Chaem dan Yim Tith – telah didakwa dalam Case 004.

Gambar fail Meas Muth. – Agensi
Gambar fail Meas Muth. – Agensi

Bagaimanapun, dalam kesemua kes-kes itu, hanya pendakwa antarabangsa mengeluarkan pendakwaan dan rakan sejawatnya dari Kemboja enggan menyetujuinya. Polis Kemboja yang lazimnya menghantar perintah supaya hadir ke mahkamah dan waran tangkap, belum berbuat demikian. Kesannya ialah untuk membiarkan kes itu dalam keadaan terawang-awang, meskipun kemunculan Meas Muth untuk mendengar dakwaannya menunjukkan beberapa kemajuan.

Tahun lalu tribunal itu telah menjatuhi hukuman penjara seumur hidup ke atas Khieu Samphan, ketua kerajaan rejim itu dan Nuon Chea, orang kanan mendiang ketua kumpulan itu, Pol Pot , selepas mendapati mereka bersalah atas jenayah ke atas kemanusiaan. Perbicaraan mereka atas tuduhan tambahan, termasuklah genosid, sedang berjalan. Sebelumnya, mahkamah mendapati bersalah komandan pusat penyeksaan yang mana lebih 15,000 orang ditahan sebelum dibunuh.

Hun Sen berulang kali berkata jika tribunal mensasarkan lebih ramai defendan, ia boleh mengapi-apikan bekas anggota Khmer Rouge untuk memulakan perang saudara. Selain dari sekutu-sekutu politiknya, beberapa orang berkongsi kepercayaan mereka, sejak Khmer Rouge menjadi pasukan yang digunakan hampir dua dekad lalu.

Hun Sen sendiri adalah pemerintah peringkat pertengahan dengan Khmer Rouge sebelum berpaling tadah ketika kumpulan itu masih berkuasa, dan beberapa anggota kanan partinya, Parti Rakyat Kemboja berkongsi latar belakang sama.

Beliau pernah membantu mengukuhkan kawalan politiknya dengan bergabung dengan bekas pemerintah lain Khmer Rouge.