Bekas diktator akui Suu Kyi ‘pemimpin masa depan’

Bekas diktator akui Suu Kyi ‘pemimpin masa depan’

YANGON, 6 Dis – Bekas diktator Myanmar menganggap seteru dahulunya Aung San Suu Kyi sebagai “pemimpin masa depan” negara itu dan berjanji akan menyokongnya meskipun dia pada masa ini ditegah oleh perlembagaan daripada menjadi presiden, cucu lelaki bekas diktator itu berkata semalam.

Than Shwe, yang mengetuai junta tentera sehingga dia meletak jawatan dalam tahun 2011 dan yang ramai percaya masih berpengaruh di sebalik tabir, membuat kenyataan itu ketika rundingan rahsia dengan ikon demokrasi itu Jumaat lalu, cucu lelakinya, Nay Shwe Thway Aung, berkata.

“Sebenarnya dia akan menjadi pemimpin masa hadapan negara,” Than Shwe dipetik sebagai berkata oleh cucu lelakinya pada pertemuan Suu Kyi, yang pertama, antara mereka berdua.

“Saya akan menyokongnya dengan semua usaha saya,” Nay Shwe Thway Aung memetik Than Shwe sebagai berkata dalam kenyataan yang dihantar ke halaman Facebook lewat semalam.

Tidak jelas sama ada ulasan Than Shwe itu adalah menggesa supaya perlembagaan, yang di draf oleh junta pada tahun 2008, diubah untuk membolehkan penerima anugerah Nobel itu untuk menjadi presiden. Suu Kyi ditegah dari menduduki jawatan tertinggi itu kerana kewarganegaraan asing anak-anak lelakinya.

Cubaan partinya, Parti Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) untuk meminda perkara berkaitan itu dalam perlembagaan telah ditolak dan kemenangan besar pilihan rayanya bulan lalu tidak menjamin ia mengawal parlimen.

Than Shwe tidak mempunyai peranan rasmi. Tetapi meskipun dia tidak di khalayak ramai sejak 2011, ramai di Myanmar yakin dia masih secara politik terlibat di sebalik tabir.

Ahli undangan kanan NLD, Win Htein mengesahkan pertemuan itu telah berlangsung dan berkata Suu Kyi mengadakan pertemuan dengan Than Shwe disebabkan “kepercayaan Suu Kyi dalam pengaruhnya kepada kerajaan dan Tatmadaw (ketenteraan),” dia memberitahu Reuters.

Than Shwe meletakkan Suu Kyi dalam tahanan rumah bagi kebanyakan tempoh 19 tahun dalam penguasaan-nya dan dianggap oleh pihak Barat sebagai diktator yang menindas penentang, memperkayakan kroni-kroninya dan membiarkan rakyatnya miskin.

Dia tidak dilihat khalayak ramai sejak pemindahan kuasa pada tahun 2011 kepada kerajaan kuasi-awam yang reformis yang dikendalikan oleh mereka yang taat setia.

ARTIKEL YANG SAMA