Bekas diplomat ada motif seksual – Hakim

Bekas diplomat ada motif seksual – Hakim

WELLINGTON, 15 Dis (dpa) – Bekas atase tentera Suruhanjaya Tinggi Malaysia mempunyai motif seksual apabila dia menceroboh masuk ke bilik tidur seorang wanita muda di Wellington dalam keadaan separuh bogel, demikian menurut Hakim Mahkamah Tinggi New Zealand hari ini. Muhammad Rizalman, 39, mengaku bersalah secara tidak senonoh menyerang wanita muda tersebut pada Mei 2014 tetapi mempertikaikan rumusan hujah yang dikemukakan pihak polis. Hakim David Collins menyimpulkan bahawa walaupun defendan berada dalam keadaan “tidak normal” ketika melakukan kesalahan itu, ia bukannya suatu faktor yang boleh meringankan hukuman.

“Rizalman berkemungkinan besar sedang dipengaruhi oleh dadah yang diambilnya ketika kejadian,” katanya.

Rizalman sebelum itu mendapat imuniti diplomatik dan meninggalkan New Zealand selepas diberkas pada Mei 2014. Bagaimanapun dia kembali semula ke New Zealand pada Oktober tahun lepas untuk berdepan dengan pendakwaan. Hakim Collins berkata dia akan menimbang hukuman dalam rumah ke atas Rizalman, yang boleh dijalani di bawah pengawasan Suruhanjaya Tinggi Malaysia.

Bagaimanapun hakim berkata beliau terlebih dahulu memerlukan jaminan bahawa kerajaan Malaysia akan bekerjasama dengan hukuman seumpama itu.

ARTIKEL YANG SAMA