Bekas ejen FIFA mengaku bantu beri rasuah

Bekas ejen FIFA mengaku bantu beri rasuah

NEW YORK, 10 Mac (AFP) – Bekas ejen perlawanan FIFA membuat pengakuan dia pernah membantu membayar rasuah yang besar kepada pegawai bola sepak Amerika Tengah dan Caribbean, sekali gus meningkatkan api kemarahan peminat terhadap badan induk bola sepak dunia itu.

Miguel Trujillo yang juga penasihat bola sepak dari Colombia,65, dan menetap di AS, mengaku bersalah di Mahkamah Persekutuan New York membabitkan empat pertuduhan pengubahan wang haram, penipuan kewangan telekomunikasi dan pulangan cukai palsu.

Dia turut mendedahkan maklumat terperinci berhubung Konfederasi Bola Sepak Utara, Tengah Amerika dan Caribbean (CONCACAF) bahawa mereka mampu mencabar rayuan tidak bersalah oleh pegawai sedia ada dan bekas pegawai CONCACAF yang berdepan dakwaan.