Bekas eksekutif farmaseutikal didakwa gelapkan wang

Bekas eksekutif farmaseutikal didakwa gelapkan wang

WELLINGTON, New Zealand, 23 Ogos – Bekas eksekutif farmaseutikal menurut pihak berkuasa China dituduh menggelapkan wang dan melarikan diri ke New Zealand telah menyelesaikan kesnya dengan AS$31 juta, menurut polis New Zealand hari ini, dalam satu urusan yang merupakan tahap luar biasa kerjasama antara kedua-dua negara.

William Yan menyelesaikannya tanpa mengakui sebarang jenayah atau tanggungjawab awam, menurut polis dalam satu kenyataan. Sebelum ini pihak polis telah merampas rumah, kereta mewah termasuklah sebuah kereta jenis Porsche dan Maserati dan saham dari Yan, 47 tahun, isterinya dan dua sekutunya, menurut kenyataan itu lagi.

Polis berkata mereka akan melepaskan barangan-barangan itu sebaik saja Yan dan yang lain menyerahkan lebih 43 juta dolar New Zealand. Menurut polis wang itu akan kemudian dibahagikan antara kerajaan New Zealand dan China, dengan setiap jumlah akan masih ditentukan.

Pihak berkuasa New Zealand enggan menjawab soalan seterusnya tentang kes itu, termasuklah sama ada China cuba bagi penyerahan balik Yan. Kedutaan China di Wellington tidak segera memberi respons kepada soalan itu.

Gambar fail pada 17 Ogos 2016 menunjuk-kan William Yan ketika meninggalkan apartmennya di Auckland, New Zealand. Yan dituduh oleh pihak berkuasa China menggelapkan wang dan melarikan diri ke New Zealand, telah menyelesaikan kesnya lebih daripada AS$30 juta. – AP
Gambar fail pada 17 Ogos 2016 menunjuk-kan William Yan ketika meninggalkan apartmennya di Auckland, New Zealand. Yan dituduh oleh pihak berkuasa China menggelapkan wang dan melarikan diri ke New Zealand, telah menyelesaikan kesnya lebih daripada AS$30 juta. – AP

Penyelesaian itu adalah yang terbesar seumpamanya yang dibuat di New Zealand dan yang pertama bagi jenayah yang dikatakan berlaku di China. Tetapi para pengkritik berkata ia membangkitkan persoalan tentang mengapa Yan tidak berdepan dakwaan dan berapa banyak persetujuan New Zealand dengan tuntutan China.

China merupakan pasaran penting bagi eksport-eksport pertanian New Zealand, yang termasuklah buah kiwi dan produk tenusu.

Salah seorang peguam Yan yang beribu pejabat di Auckland, Simon Lance berkata dalam e-mel bahawa anak guamnya tidak menerima bahawa dia bersalah menggelapkan wang di China.

Salah seorang lagi peguam, Marc Corlett berkata dalam satu kenyataan bahawa penyelesaian itu adalah ‘kesempatan komersial’ yang akan membolehkan Yan mendapatkan semula aset-asetnya yang telah dirampas dan mengembalikan tumpuannya pada urusan perniagaannya di New Zealand dan tempat lain. – AP

ARTIKEL YANG SAMA