Bekas eksekutif TEPCO didakwa atas bencana Fukushima

Bekas eksekutif TEPCO didakwa atas bencana Fukushima

TOKYO, 29 Feb (AFP) – Tiga bekas eksekutif operator loji nuklear Fukushima disabit hari ini berhubung kemalangan nuklear 2011, dalam apa yang akan menjadi perbicaraan jenayah pertama yang dikaitkan dengan bencana itu.

Bekas pengerusi Tokyo Electric Power (TEPCO), Tsunehisa Katsumata, naib presiden, Sakeo Muto dan bekas naib presiden, Ichiro Takekuro didakwa melaku kecuaian profesional membawa kematian dan kecederaan. Ketiga-tiga mereka tidak ditahan. Satu panel kajian semula kehakiman yang terdiri daripada rakyat biasa memutuskan pada Julai, untuk kali kedua sejak kemalangan, bahawa ketiga-tiga mereka harus dibicarakan. Keputusan itu mendorong pendakwa meneruskan dengan kes jenayah di bawah undang-undang Jepun.

Pendakwa telah dua kali enggan mengemuka dakwaan ke atas lelaki berkenaan, memetik bukti yang tidak mencukupi dan peluang sabitan yang tipis. Ia akan menjadi perbicaraan penjenayah pertama berhubung tanggungjawab terhadap peleburan reaktor yang dicetuskan oleh tsunami dan memaksa berpuluh ribu orang melarikan diri dari rumah mereka dalam kemalangan nuklear paling teruk di dunia sejak Chernobyl pada 1986.

Gambar yang diambil pada 30 Mac 2011 menunjukkan Tsunehisa Katsumata (kiri) dan Sakae Muto (kanan) pada sidang media di ibu pejabat syarikat itu di Tokyo. – AFP
Gambar yang diambil pada 30 Mac 2011 menunjukkan Tsunehisa Katsumata (kiri) dan Sakae Muto (kanan) pada sidang media di ibu pejabat syarikat itu di Tokyo. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA