Bekas guru dihukum penjara lebih dari 10 tahun

Bekas guru dihukum penjara lebih dari 10 tahun

WELLINGTON, 27 Nov (dpa) – Bekas guru sekolah rendah dihukum penjara 10 tahun setengah bulan hari ini selepas didapati bersalah atas kesalahan mendera seorang murid, media setempat melaporkan.

Guru perempuan itu Stacey Reriti,31, sebelum ini didapati bersalah atas tujuh dakwaan serangan seksual.

Deraan itu bermula ketika budak lelaki itu berusia 10 tahun dan berkembang kepada hubungan seks dalam bilik motel apabila dia berusia 12 tahu, menurut laporan akhbar Herald New Zealand.

Peguam Pendakwa Dale La Hood memberitahu Mahkamah Tinggi di Wellington bahawa kesalahan Reriti adalah teruk mengambil kesempatan kelemahan budak itu ketika salah seorang penjaganya begitu tidak sihat.

“Pecah amanah dalam kes ini adalah melampau.”

Reriti telah mengkhianati tugasnya sebagai seorang guru, seorang pemimpin dan seorang timbalan pengetua, katanya.

Pada menjatuhkan hukuman itu, Hakim Mark Woolford berkata wanita itu tidak boleh didakwa atas kesalahan merogol kerana cara kesalahan itu ditakrifkan – lalu Reriti sebaliknya didakwa dengan pelanggaran seksual berkaitan seksual yang sah.

Tetapi katanya apa yang terjadi motel itu, boleh jadi “kolokial, jika tidak mengikut undang-undang, yang dikenali sebagai rogol”.

ARTIKEL YANG SAMA