Bekas guru maut, motosikal bertembung van Pos Laju

Bekas guru maut, motosikal bertembung van Pos Laju

LIMBANG, 20 Okt – Seorang bekas guru maut selepas motosikal jenis Modenas yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah van Pos Laju ketika keluar dari simpang rumahnya di Kampung Limpaki dekat sini, pagi semalam.

Mangsa Awang Zainal Awang Udin @ Tajudin 64, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggalkan dunia sekitar jam 10 pagi di hospital Limbang.

Dalam kejadian yang berlaku jam 9:10 pagi itu mangsa dikatakan hendak keluar simpang dan bertembung dengan van Pos Laju yang datang dari arah Kampung Patiambun.

Dalam pada itu pemandu van berasal dari Kampung Buangsiul tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

REMUK...Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas bertembung dengan van Pos Laju.
REMUK…Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas bertembung dengan van Pos Laju.

Dalam kes berasingan seorang lelaki maut selepas dihempap jentera berat di kem balak di kawasan Ulu Medamit pagi semalam.

Mangsa Wong Siong Hung 53, berasal dari Jalan Penrissen Kuching maut akibat kecederaan parah dalam kejadian itu. – Arissa