Bekas isteri Zuma mungkin jadi presiden Afrika Selatan

Bekas isteri Zuma mungkin jadi presiden Afrika Selatan

JOHANNEDBURG, 7 April (AFP) – Dengan Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma berdepan desakan yang semakin meningkat supaya beliau meletak jawatan ekoran siri-siri skandal rasuah, tumpuan beralih pada seorang pesaing yang berpotensi menggantikannya iaitu bekas isterinya.

Nkosazana Dlamini-Zuma, 67 tahun, yang tegar dalam parti memerintah, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), memegang beberapa jawatan menteri sejak berakhirnya pemerintahan minoriti kulit putih dalam tahun 1994.

Pengesahan minggu lalu bahawa Dlamini-Zuma tidak akan bertanding bagi pemilihan semula sebagai ketua Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU) menimbulkan berita angin bahawa dia mungkin berhasrat menduduki jawatan tertinggi di tanah airnya.

Tempohnya mengendali cawangan eksekutif AU yang beribu pejabat di Addis Ababa, Habsyah, akan berakhir pada Julai selepas empat tahun dalam tumpuan antarabangsa.

“Tidak diragui sesetengah pihak di belakang tabir yang melobi bagi pihaknya sedang berlaku,” Mcebisi Ndletyana, profesor madya sains politik di Universiti Johannesburg memberitahu AFP.

Selepas gagal dalam bidanya untuk mendakwanya minggu ini, para penentang Zuma kini berharap akan mendakwanya atas dakwaan rasuah selepas dia meninggalkan jawatannya dan kelebihan bekas isterinya – yang hubungannya dengan Zuma masih baik – menggantikannya adalah jelas.

Namun perakuan nama Dlamini-Zuma juga merupakan dilema bagi ANC, yang mana sesetengah kumpulan mahu menjauh dari kepimpinan bekas suaminya yang telah tercemar. “Meskipun dia adalah ahli politik berjaya, mereka yang membantah Zuma mungkin tidak begitu gembira dengan seorang lagi Zuma mengambil alih,” kata Ndletyana.

ANC lazimnya mengemukakan ketua partinya sebagai calon presiden, dengan demikian Dlamini-Zuma adalah orang pertama yang perlu menduduki kedudukan tinggi parti untuk berjaya.