Bekas juara lumba basikal disingkir dari Vuelta

Bekas juara lumba basikal disingkir dari Vuelta

MADRID, 24 Ogos (Reuters) – Pelumba basikal Itali Vincenzo Nibali telah disingkirkan dari Jelajah Sepanyol selepas pemenang Jelajah Perancis 2014 itu mendapatkan khidmat tundaan daripada kereta kumpulan Astana nya selepas terlibat dalam satu kemalangan pada pusingan kedua kelmarin menuju Caminito del Rey.

Rakaman televisyen jelas menunjukkan Nibali, yang memenangi Vuelta pada 2010, bergantung pada kereta tersebut tatkala dia cuba untuk mengejar pendahulu dalam 30 kilometer terakhir dan pihak penganjur tidak mempunyai pilihan lain selain menyingkirkannya dari perlumbaan.

“Mendasarkan keputusan mereka pada imej televisyen jelas menunjukkan pelanggaran pada peraturan, pihak berkuasa perlumbaan Vuelta membuat keputusan untuk mengeluarkannya dari perlumbaan,” pihak penganjur berkata dalam satu keterangan.

Bintang pelumba basikal Vincenzo Nibali yang telah disingkirkan dari perlumbaan. - Reuters
Bintang pelumba basikal Vincenzo Nibali yang telah disingkirkan dari perlumbaan. – Reuters

“Filem tersebut jelas menunjukkan Nibali berpegang pada kereta tersebut dalam jarak 200 meter,” tambah Bruno Valcic, presiden perlumbaan tersebut.

Pengarah Astana Alexandre Valcic, yang memandu kereta tersebut, juga disingkir dari perlumbaan tersebut, katanya.

“Ia merupakan keputusan yang agak sukar buat panel pihak berkuasa selepas melihat pada imej-imej tersebut ia jelas bahawa kami tidak mempunyai kesempatan untuk memberikan denda lain kepada pelumba basikal itu.”

ARTIKEL YANG SAMA