Bekas jurulatih Arsenal meninggal dunia

Bekas jurulatih Arsenal meninggal dunia

LONDON, 24 Dis (Reuters) – Bekas pemain pertahanan England dan jurulatih yang dihormati Don Howe meninggal dunia pada usia 80 tahun, menurut Pertubuhan Bola sepak kelmarin.

Howe bermain 23 perlawanan bersama England dan bermain pada Piala Dunia 1958 di Sweden di mana dia merupakan sebahagian daripada pemain pertahanan yang mengikat juara Brazil 0-0 dalam perlawanan itu.

Selepas menamatkan kerjaya kelabnya, ketika dia bermain 379 kali buat West Bromwich Albion dan 74 kali buat Arsenal, Howe kemudian memantapkan kerjayanya sebagai salah seorang jurulatih ternama negara.

Dia merupakan penolong pengurus kepada Bertie Mee apabil Arsenal memenangi ‘Double’ pada 1971 dan dia juga membantu mengemudi Gunners ke perlawanan akhir Piala FA selama tiga kali, kalah pada 1978, 1980 dan menang pada 1979.

Howe menjadi pengurus Arsenal dari 1983-86 dan kemudian menjadi penolong pengurus kepada Bobby Gould apabila Wimbledon mengejutkan Liverpool pada perlawanan akhir Piala FA 1988. Dia juga merupakan sebahagian daripada barisan jurulatih England di bawah Ron Greenwood, Bobby Robson dan Terry Venables.

“Ia merupakan berita yang menyedihkan dan rasa simpati kami bersama keluarga Don ketika ini,” pengerusi FA Greg Dyke berkata.

“Dia secara meluasnya dianggap barisan hadapan kejurulatihan di England, dan saya tahu kehilangannya akan amat dirasai di kalangan jurulatih dan pengurus masa kini Roy Hodgson, yang amat rapat dengan Don.”

ARTIKEL YANG SAMA