Bekas kedi cerita kecurangan Woods

Bekas kedi cerita kecurangan Woods

WELLINGTON, New Zealand, 2 Nov (Agensi) – Bekas kedi Tiger Woods, Steve Williams menggambarkan kemarahan dan kekecewaannya kerana layanan buruk pengurusan Woods apabila kecurangan pemain golf itu terbongkar pada 2009, dan berkata dia kadangkala dilayan seperti “hamba” di atas padang.

Akhbar New Zealand semalam menerbitkan salah satu bab buku dari William “Out of the Rough” yang mana kedi kelahiran New Zealand itu menggambarkan reaksinya ketika mengetahui hubungan sulit Woods. Williams menulis bahawa dia tidak mendengar khabar daripada rakan karibnya Woods selama empat bulan ketika perkahwinan, kerjaya dan reputasi pemain golf itu terjejas.

Ketika Williams berkata dia berang mengetahui Woods curang ke atas isterinya, Elin Nordegren, “Dia masih lagi seorang sahabat yang bermasalah dan saya akan bersama-samanya. Saya melakukannya walaupun orang ramai mendakwa saya sebagai seorang penyokong, rakan subahat, sambil berkata “saya berdusta apabila saya menyatakan dengan jelas, saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini.”

Williams berkata hidupnya menjadi “teruk” ketika sikap sebenar Woods terdedah dan orang ramai mengesyaki dia sedar mengenainya, atau memainkan peranan dalam kecurangan Woods.

“Orang ramai dalam komuniti saya berdepan dengan saya di kedai dan menggelar saya penipu di depan muka saya, dan bertanya apa yang anda lakukan dengannya?” tulis Williams. “Saya mengulangi meminta pengurusan Tiger untuk mengeluarkan kenyataan yang akan melepaskan saya daripada sebarang penglibatan dalam berita mengerikan ini.

Gambar fail menunjukkan Steve Williams (kanan) ketika masih bertugas sebagai kedi Tiger Woods. – Reuters
Gambar fail menunjukkan Steve Williams (kanan) ketika masih bertugas sebagai kedi Tiger Woods. – Reuters

“Mereka tidak melakukannya kerana terdapat yang lain dalam kumpulannya yang tahu apa yang berlaku dan pengurusan merasakan mereka tidak dapat menuding kepada seorang saja sebagai tidak bersalah. Marah, kecewa dan tergantung, saya juga dalam keadaan tidak menentu mengenai apa yang akan saya lakukan seterusnya.”

Williams berkata dia tidak bercadang untuk berhenti sebagai kedi Woods “memandangkan saya merasakan setia kepada Tiger — ini adalah masa sukar kehidupannya dan saya tidak akan mengetepikannya.”

“Tiger akhirnya menghubungi saya pada 23 Mac 2010. Dia sudah menghantar permohonan maaf apabila saya berada dalam pemulihan. Ia menyentuh dan bermakna: Dia seorang yang terbuka, jujur dan kesal dan menguatkan pemikiran saya kerana saya begitu terus dan memiliki nilai-nilai yang kuat, dia merasakan dia tidak dapat memberitahu saya apa yang berlaku dengan keadaannya.”

Williams berkata sebelum meneruskan hubungannya selama 13 tahun bersama Woods dia bertemu dengan pemain golf itu dan menyenaraikan permintaan.

“Saya mahu dia untuk membuktikan kepada saya, dia akan menukar sikapnya dan tunjukkan kepada saya – dan permainan golf – lebih dihormati,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA