Bekas ketua dadah nafi bunuh ejen AS

Bekas ketua dadah nafi bunuh ejen AS

BANDAR MEXICO, 24 Julai – Salah seorang ketua dadah terkenal di Mexico, yang dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan membunuh seorang ejen pengintipan AS pada 1985, bercakap dari tempat persembunyiannya untuk menyangkal penglibatannya dalam pembunuhan dalam artikel hari ini.

Rafael Caro Quintero, pengasas kartel Guadalajara yang kini tidak beroperasi lagi, rangkaian pengedaran dadah paling berkuasa di Mexico pada tahun 1980-an, menafikan telah membunuh pegawai Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah dan memohon maaf kerana terlibat dalam pengedaran itu dalam satu temu bual dengan majalah berita terkenal, Proceso.

Caro Quintero, yang menjalani hukuman penjara 28 tahun dari 40 tahun di penjara Mexico atas kesalahan bunuh, telah dibebaskan berhubung keteknikan perundangan pada 2013 dan kemudian menghilangkan diri.

Pihak berkuasa AS, yang berang dengan pembebasan itu, telah mendapatkan ekstradisi ke atas pelarian berusia 63 tahun.

“Saya tidak pernah bercakap tentang kes ini, ia adalah pertama kalinya….saya tidak menculik, tidak menyeksa dan tidak membunuhnya,” kata Caro Quintero dari tempat persembunyiannya di utara Mexico.

Caro Quintero disabit bersalah di Mexico kerana menculik, menyeksa dan membunuh ejen DEA, Enrique Camarena, yang mana juruterbang Mexioc, Alfredo Zavala, juga terbunuh.

“Ya, saya berada di tempat (jenayah), saya hanya menyertai, tidak lebih,” katanya, menambah bahawa dia kini mahu hidup dengan tenang dan tidak lagi mengedar dadah. – AFP