Bekas naib presiden DR Congo dipenjara 18 tahun

Bekas naib presiden DR Congo dipenjara 18 tahun

Netherlands International Court Central African Republic

THE HAGUE, 21 Jun (AFP) – Mahkamah Jenayah Antarabangsa hari ini akan menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas bekas naib presiden Congo Jean-Pierre Bemba (gambar) di atas beberapa siri pembunuhan dan rogol di Republik Afrika Tengah sedekad yang lalu.

Sebagai pegawai tertinggi yang dijatuhi hukuman setakat ini, Bemba sebelum ini menghadapi panel tiga hakim pada perbicaraan awam pada pukul 1:45 petang di ibu pejabat mahkamah di The Hague.

Bemba, 53, didapati bersalah pada Mac atas lima dakwaan jenayah perang dan jenayah ke atas kemanusiaan yang dilakukan oleh tentera persendiriannya bergelar Gerakan Pembebasan Congo (MLC), yang dihantar oleh beliau ke negara jiran CAR dari Oktober 2002 hingga Mac 2003 untuk menumpaskan satu rampasan kuasa.

Pendakwa di ICC telah meminta hukuman penjara minimum 25 tahun dalam kes itu, yang pertama menumpukan kepada rogol sebagai senjata perang oleh ICC, yang ditubuhkan pada 2002 untuk membicarakan jenayah paling teruk di dunia.

Namun beberapa jam sebelum hukuman, peguam bela Bemba memberikan notis semalam bahawa beliau akan merayu sabitannya. Hakim perbicaraan melaku kesilapan disebabkan mereka “salah tafsir dan/atau menyalahgunakan undang-undang dan menggunakan pendekatan yang tidak wajar ke atas bukti,” tambah beliau, berkata “terdapatnya perbicaraan silap.”

Hakim mendapati dalam keputusan mereka pada 21 Mac bahawa bekas naib presiden Congo itu menutup mata kepada keganasan yang dilakukan oleh 1,500 tentera beliau, dihantar ke CAR untuk membantu presiden Ange-Felix Patasse.

Meskipun mengetahui apa yang sedang berlaku, Bemba “gagal mengambil kesemua langkah yang wajar untuk menghalang” beberapa siri jenayah, yang termasuk kes rogol berkumpulan ke atas lelaki, wanita dan kanak-kanak, ada kalanya saudara mereka dipaksa memerhati, kata hakim.

ARTIKEL YANG SAMA