Bekas naib presiden FIFA dipenjarakan

Bekas naib presiden FIFA dipenjarakan

MONTEVIDEO, 25 Dis (AFP) – Bekas naib presiden FIFA Eugenio Figueredo telah dipenjarakan dalam satu perbicaraan yang belum selesai di negara asalnya Uruguay kelmarin selepas dikeluarkan dari Switzerland untuk menjawab dakwaan-dakwaan dalam skandal korupsi besar yang menular di arena bola sepak antarabangsa.

Figuerdo, bekas presiden pertubuhan Amerika Selatan CONMEBOL, tiba awal pagi kelmarin dan dibawa terus ke penampilan mahkamah awal, di mana dia direman dalam tahanan, sumber mahkamah memberitahu AFP.

Namun Hakim Adriana de los Santos mungkin boleh memberikannya tahanan rumah, seperti yang dipinta oleh peguamnya, menurut sumber itu.

Figuerdo berdepan hukuman dua hingga 15 tahun penjara jika didapati bersalah.

Bekas bos bola sepak berusia 83 tahun itu adalah salah seorang daripada tujuh pegawai utama FIFA yang ditahan di hotel mewah Zurich pada bulan Mei, satu serbuan yang memulakan krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya di badan mentadbir bola sepak dunia.

Eugenio Figueredo ketika tiba di mahkamah Uruguay selepas dikeluarkan dari Switzerland. – Reuters
Eugenio Figueredo ketika tiba di mahkamah Uruguay selepas dikeluarkan dari Switzerland. – Reuters

Amerika Syarikat yang mengetuai siasatan itu, juga melihat untuk menyerah balik Figuerdo atas dakwaan-dakwaan meminta suapan berjuta-juta dolar daripada firma-firma pemasaran sukan.

Figuerdo telah bersetuju untuk dihantar ke Uruguay namun menentang untuk diserahkan ke Amerika Syarikat.

Kementerian Keadilan Switzerland (FOJ) telah meluluskan untuk menghantarnya pulang kepada kedua-dua negara, dan berkata pada November ia terpulang kepada Amerika Syarikat untuk membuat keputusan sama ada untuk membenarkan Uruguay mendapat keutamaan.

“Jika pihak berkuasa AS tidak bersetuju, isu itu akan diputuskan oleh FOJ,” katanya pada waktu itu.

Peguam Figuerdo berkata kliennya dalam kesihatan yang kurang baik dan perlu diberikan tahanan rumah kerana usianya.

Figuerdo merupakan ketua Pertubuhan Bola sepak Uruguay dari 1997 hingga 2006 dan menjadi presiden CONMEBOL pada 2013.

ARTIKEL YANG SAMA