Bekas orang kanan Saddam meninggal dunia

Bekas orang kanan Saddam meninggal dunia

BAGHDAD, Iraq, 7 Jun (Agensi) – Bekas timbalan Perdana Menteri Iraq, Tariq Aziz, yang berkhidmat di bawah pemerintahan rejim Saddam Hussein, meninggal dunia Jumaat lepas, di dalam penjara di wilayah selatan Iraq, seorang pegawai Iraq mengesahkan hari ini.

“Pihak berkuasa penjara Nasriyah mengejarkan seorang banduan, Tariq Aziz, ke hospital al-Hussein, di bandar Nasriyah, kira-kira 375 kilometer di selatan Baghdad, selepas beliau menderita serangan jantung, di mana beliau diumumkan meninggal dunia pada tengah hari Jumaat,” Adel Dekhil, timbalan gabenor wilayah Nasriyah, berkata dalam satu kenyataan media.

Aziz berulnag kali dimasukkan ke hospital kerana menderita diabetes dan tekanan darah tinggi, kata Dekhil, sambil menambah bahawa urusan menyerahkan mayatnya kepada keluarga sedang dijalankan.

Aziz, 79, adalah penganut Kristian tunggal dalam rejim Saddam. Beliau dikenali sebagai pengkritik kiat Amerika Syarikat, selepas pencerobohan Iraq ke atas Kuwait dan kemudiannya Perang Teluk 1990-1991.

Aziz menyerah diri kepada pasukan tentera Amerika Syarikat di rumahnya, tanpa membuat sebarang penentangan, pada 24 April 2003, sejurus selepas kejatuhan Baghdad.

Gambar fail Reuters menunjukkan Tariq Aziz ketika berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Iraq di Baghdad.
Gambar fail Reuters menunjukkan Tariq Aziz ketika berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Iraq di Baghdad.