Bekas pegawai Jintao terlibat rasuah

Bekas pegawai Jintao terlibat rasuah

BEIJING, 21 Julai – Bekas penolong presiden disingkirkan dari parti memerintah Komunis dan diberkas kerana disyaki terlibat dengan rasuah dan kesalahan lain, lapor media kerajaan.

Keputusan untuk menangkap Ling Jihua, pegawai kanan parti dan sekutu rapat bekas presiden Hu Jintao, telah dibuat oleh jawatankuasa berpengaruh parti itu, Jawatankuasa Pusat semalam, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Ling adalah yang pertama disiasat bagi pencabulan “disiplin” pada Disember lalu, ketika Presiden Xi Jinping melaksanakan kempen anti rasuah di seluruh negara.

Penyiasatan itu mendapati Ling “dengan serius telah mencabuli disiplin politik dan juga peraturan CPC (Parti Komunis China) dan juga disiplin kerahsiaan dan organisasi parti,” lapor Xinhua. Dia juga telah melakukan zina dan “mendagangkan kuasanya untuk seks” menurut kerajaan.

Gambar fail bertarikh 11 Mac 2013 menunjukkan Ling Jihua, yang ketika itu baru dilantik sebagai naib pengerusi CPC, meninggalkan mesyuarat plenari ke-12 CPC di Great Hall of the People di Beijing. - Reu-ters
Gambar fail bertarikh 11 Mac 2013 menunjukkan Ling Jihua, yang ketika itu baru dilantik sebagai naib pengerusi CPC, meninggalkan mesyuarat plenari ke-12 CPC di Great Hall of the People di Beijing. – Reu-ters

Penangkapan Ling adalah “pengajaran penting” bagi pegawai-pegawai lain, menurut satu komentar surat khabar hari ini dalam akhbar China Daily.

“Jika kegiatan Ling tidak diketahui awal, dia mungkin memberi tamparan hebat kepada usaha parti itu dan negara dan memerangkap lebih ramai orang ke dalam permainan kotornya,” menurut komentar itu. Sejurus selepas menduduki jawatannya dua tahun lalu, Xi melancarkan kempen anti rasuah beliau yang mensasarkan pegawai-pegawai kanan dan rendah dalam sistem satu parti China. Berbelas-belas buah firma kerajaan berpengaruh sejak itu di bawah pengawasan, dengan kebanyakan pegawai dibicarakan atau disiasat. – dpa