Bekas pekerja Fukushima didiagnosis hidap kanser

Bekas pekerja Fukushima didiagnosis hidap kanser

TOKYO, 20 Okt – Seorang lelaki bekas pekerja di loji nuklear Fukushima telah didiagnosis menghidapi kanser berkaitan radiasi, menurut pihak berkuasa Jepun hari ini, pengesahan pertama selama lebih empat tahun selepas kemalangan atom terburuk dalam satu generasi.

Seorang pegawai di kementerian kesihatan mengatakan bekas pekerja itu, yang berusia dalam pertengahan 30-an ketika bekerja di loji itu berikutan krisis 2011, telah mendapat penyakit leukemia. Dia kini berusia 41 tahun, lapor media tempatan.

‘Kes itu telah memenuhi kriteria’ yang mengaitkan penyakitnya dengan kemalangan itu, pegawai memberitahu taklimat akhbar Tokyo tanpa memberitahu nama pesakit, menambah yang punca-punca lain akan disiasat.

“Orang berkenaan menemui doktor kerana merasa tidak sihat. Pada ketika itulah dia diagnosis dijangkiti leukemia.”

Kementerian mendedahkan beberapa butiran mengenai lelaki itu, namun mengatakan dia telah bekerja di sebuah bangunan musnah yang menempatkan salah satu reaktor yang telah lumpuh.

Gambar fail yang diambil pada 20 Februari menunjukkan seorang pekerja berada di tempat pengimbasan radiasi ketika dia memasuki pusat pembedahan kecemasan di kilang Tokyo Electric Power Co (TEPCO) Fukushima Daichi. – AFP
Gambar fail yang diambil pada 20 Februari menunjukkan seorang pekerja berada di tempat pengimbasan radiasi ketika dia memasuki pusat pembedahan kecemasan di kilang Tokyo Electric Power Co (TEPCO) Fukushima Daichi. – AFP

Lelaki itu, yang memakai alat perlindungan semasa lebih setahun bekerja di Fukushima, akan diberikan pampasan untuk membayar kos perubatannya dan hilang punca pendapatan, menurut seorang pegawai, tanpa menyertakan berapa jumlahnya.

Tiga kes kanser yang serupa bagi pekerja kilang masih lagi menunggu pengesahan yang berkaitan dengan kemalangan itu.

Penyiaran awam NHK mengatakan kira-kira 450,000 telah bekerja di loji Fukushima itu sejak kemalangan berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha pembersihan besa-besaran yang memakan belanja berbilion dolar.

Berlakunya perdebatan tegang tentang sama ada kemalangan itu akan membawa kepada kewujudan kanser dalam kalangan para pekerja di loji itu dan mereka yang tinggal di sekeliling kawasan berkenaan.

Pengumuman hari ini, itu sepertinya akan membangkitkan tentangan orang awam yang lebih hebat ke atas kuasa nuklear. Ia muncul kurang daripada seminggu selepas Jepun memulakan semula reaktor nuklear kedua berikutan penutupan semua loji selepas krisis Fukushima. – AFP