Bekas pelajar anjur majlis reunion

Bekas pelajar anjur majlis reunion

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Setelah lebih 30 tahun meninggalkan alam persekolahan, mantan pelajar Sekolah Rendah Pusar Ulak, Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut, dan Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamilul Alam (SMJA) akan mengadakan Majlis Malam Reunion bagi pengambilan 1973-1974 dan 1978 bertempat di Restoran Aneka Rasa, Kiulap.

Majlis Malam Reunion itu akan diadakan pada 11 Februari 2016, pukul 7.45 malam.

Bekas pelajar SMJA, Haji Ramli yang merupakan salah seorang penganjur majlis pertemuan semula itu berkata, pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan majlis berkenaan seperti bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Penghulu Mukim Kota Batu, Haji Naim bin Haji Kamis yang merupakan bekas pelajar SMJA pada tahun 1974-1978

Mereka juga akan mengadakan bacaan tahlil bagi sahabat dan rakan-rakan yang telah meninggal dunia. Malam Reunion itu nanti juga akan membincangkan mengenai dengan aktiviti akan datang. Menurut Haji Ramli, reunion itu antara lain bertujuan menemukan kembali semua sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang pernah bersekolah dari sekolah rendah hingga menengah yang terpisah sekian lama.

ARTIKEL YANG SAMA