Bekas pelajar kolej Johor anjur majlis tahlil & ulang tahun ke-50

Bekas pelajar kolej Johor anjur majlis tahlil & ulang tahun ke-50

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jun – Seramai 27 bekas pelajar biasiswa kerajaan Brunei di Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru, Malaysia, daripada tiga kumpulan (tahun 1963, 1964, 1965), telah mengadakan majlis tahlil dan doa arwah khas untuk Allahyarhamah pengetua kolej mereka.

Majlis tersebut ditujukan kepada Hajah Ibu Zain binti Sulaiman dan dua orang saudara mereka iaitu dua pelajar puteri daripada kumpulan dua dan tiga serta dua orang pegawai pelajaran yang pernah mengiringi pelajar-pelajar puteri untuk melanjutkan pelajaran mereka di Johor Bahru.

Di samping itu, majlis juga diselajurkan dengan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan kolej.

Sesuai dengan hasil didikan dan moto kolej mereka, iaitu ‘Agama dididik, Moden dibela’, ikatan persaudaraan dan kemesraan antara puteri-puteri ibu ini tetap kekal terjalin dan abadi walaupun setelah sekian lama terpisah daripada alam persekolahan mereka.

Kemesraan tetap terjalin antara bekas pelajar biasiswa kerajaan Brunei, Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru.
Kemesraan tetap terjalin antara bekas pelajar biasiswa kerajaan Brunei, Kolej Puteri Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru.
Majlis yang diselajurkan dengan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan kolej mereka.
Majlis yang diselajurkan dengan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan kolej mereka.

ARTIKEL YANG SAMA