Bekas pelajar SMMMHT anjur majlis 2 dalam 1

Bekas pelajar SMMMHT anjur majlis 2 dalam 1

Oleh Anwar Rosly

KIRA-KIRA 50 bekas pelajar Sekolah Menengah Melayu Muda Hashim Tutong (SMMMHT) tahun 1980 bagi Zon Belait, bertemu semula dalam majlis ‘reunion’ setelah 35 tahun tamat persekolahan yang berlangsung di Dewan Bandaran Kuala Belait, baru-baru ini.

Majlis yang diselajurkan dengan ramah mesra Aidilfitri itu, adalah bagi meraikan pertemuan pertama dan kedua bekas pelajar berkenaan baru-baru ini yang diadakan di ibu negara dan Kuala Belait.

Pengerusi majlis ramah mesra tersebut, Awang Mohd Ali bin Haji Sapar dalam ucapannya mengatakan, pertemuan berkenaan amat bermakna sekali kerana mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan kehadiran Haji Ahmad bin Haji Abdul Razak yang juga selaku tetamu kehormat dalam acara itu.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri tersebut, beberapa bekas pelajar berkenaan turut mengadakan persembahan nyanyian Hari Raya perseorangan serta berkumpulan, bertukar-tukar hadiah sesama sendiri, cabutan bertuah serta bergambar beramai.

Awang Mohd Ali turut menjelaskan, antara objektif majlis itu adalah bagi mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim serta jalinan persahabatan yang akan terus kukuh dan diteruskan lagi di masa akan datang.

Di antara bekas pelajar SMMMHT yang hadir di majlis pertemuan itu.
Di antara bekas pelajar SMMMHT yang hadir di majlis pertemuan itu.
Tetamu kehormat bersama bekas pelajar SMMMHT bergambar ramai di majlis pertemuan semula setelah 35 tahun tamat persekolahan.
Tetamu kehormat bersama bekas pelajar SMMMHT bergambar ramai di majlis pertemuan semula setelah 35 tahun tamat persekolahan.

ARTIKEL YANG SAMA