Bekas pelakon ‘Star Wars’ diberkas

Bekas pelakon ‘Star Wars’ diberkas

WALTERBORO, Amerika Syarikat, 22 Jun – Bekas pelakon kanak-kanak yang membintangi filem ‘Star Wars’ didakwa selepas kejar-mengejar dengan polis Selatan Carolina.

Polis daerah Colleton baru-baru ini menahan lelaki berusia 26 tahun yang mereka sahkan daripada bekas ejen mencari bakat adalah Jake Lloyd, yang memainkan watak muda Anakin Skywalker dalam filem 1999 “Star Wars: Episode 1 – The Phantom of Menace,” Sarjan Kyle Strickland memberitahu kelmarin. Lelaki tersebut bagaimanapun memberikan namanya sebagai Jake Broadbent, Strickland berkata. Tarikh lahir lelaki tersebut serupa dengan tarikh lahir pelakon dari pangkalan data IMDB.com dan tempat lahir sama di Fort Collins, Colorado, di mana Lloyd dilahirkan.

Lelaki tersebut didakwa atas kesalahan tidak mengendahkan arahan pihak polis untuk berhenti dan kecuaian memandu selepas melanggar had kelajuan 100 batu sejam, ujar Strickland.

Polis di pesisiran Daerah Charleston terus cuba untuk memberhentikan kenderaan itu pada petang Rabu, tetapi berhenti memburu apabila lelaki tersebut memasuki kawasan kejiranan Daerah Colleton, Sheriff Mejar Eric Watson berkata kelmarin.

Gambar Jake Lloyd pada tahun 1999 yang pernah memegang watak Anakin Skywalker dalam filem Star Wars.
Gambar Jake Lloyd pada tahun 1999 yang pernah memegang watak Anakin Skywalker dalam filem Star Wars.

Kejar-mengejar itu berlaku sejauh 25 batu sebelum Lloyd memandu ke Interstate 95, melanggar sebuah pagar dan meneruskan pemanduan di jalan selari, pihak berkuasa berkata. Jalan tersebut diakhiri jalan mati, tetapi kenderaan tersebut terus bergerak di kawasan pokok sebelum melanggar beberapa kayu kecil dan berhenti.

Lelaki tersebut belum mencatatkan ikat jamin dan kekal di penjara kelmarin, ujar Strickland.

Lloyd berkata dalam temu ramah 2012 bahawa watak yang dilakonkannya ketika dia berusia 10 tahun menjadikan zaman mudanya teruk kerana dia dibuli oleh kanak-kanak lain. Lakonan terakhirnya pada tahun 2005, menurut IMDB.com.

ARTIKEL YANG SAMA