Bekas pemain Ivory Coast ditemui mati

Bekas pemain Ivory Coast ditemui mati

BERLIN, 3 Jan (Reuters) – Mayat bekas pemain pertahanan Ivory Coast, Steve Gohouri ditemui di Sungai Rhine selepas mangsa dilaporkan hilang pertengahan Disember, kata kelab tempatan Jerman, TSV Steinbach, semalam.

Gohouri, 34, bermain dalam Liga Perdana Inggeris bersama Wigan Athletic antara tahun 2010 dan 2012 selepas berpindah dari kelab Bundesliga, Borussia Moenchengladbach. TSV di laman web mereka berkata, kematian pemain itu disahkan polis Dusseldorf yang menemui mayat berhampiran Bandar Krefeld.

Bekas rakan sepasukan dan pengurus Wigan, Gary Caldwell, yang pasukannya kini bermain dalam divisyen tiga bola sepak Inggeris, melahirkan rasa sedih.

“Saya mendengar peminat menyanyikan namanya dan kami mendengar berita itu di bilik persalinan,” katanya selepas seri 1-1 di Scunthorpe United.

“Bagi seorang yang begitu muda, kehidupannya amat menyedihkan, ia menyayat hati untuk mengetahui mengenai bekas rakan sepasukan yang meninggal dunia.”