Bekas pemain pertahanan Liverpool panaskan Liga India

Bekas pemain pertahanan Liverpool panaskan Liga India

pg20_150827_c

NEW DELHI, 26 Ogos (Reuters) – Bekas pemain pertahanan Liverpool, John Arne Riise (gambar) akan menyertai pemain Perancis, Florent Malouda dan pemain Brazil, Roberto Carlos beraksi bersama Delhi Dynamos dalam Liga Super India (ISL).

“Saya jenis pemain sukakan cabaran baru, melihat dan merasai pengalaman pelbagai budaya berbeza,” kata bekas pemain antarabangsa Norway itu dalam kenyataan kelab hari ini.

“Roberto Carlos salah seorang wira bek kiri saya ketika membesar. Saya rasa bertuah mendapatnya sebagai jurulatih dan tidak sabar bermain bersamanya dan pasukan Dynamos,” kata pemain berusia 34 tahun itu.

Carlos yang beraksi selaku pemain dan pengurus Delhi meletakkan harapan tinggi terhadap Riise beraksi bersama Roma dan Fulham sebelum ini.

Riise pemain memiliki kap terbanyak bersama Norway bebas menyertai pasukan lain selepas kontrak bersama kelab Cyprus, APOEL Nicosia ditamatkan atas persetujuan bersama.

Malouda adalah bekas pemain sayap Chelsea dan Lyon. Trio itu akan beraksi mengharungi musim kedua bersama Dynamos.

ARTIKEL YANG SAMA