Bekas pembersih dipenjara 4 bulan

Bekas pembersih dipenjara 4 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160831_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Ogos – Seorang bekas pembersih di sebuah maktab dijatuhi empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini, kerana mencuri wang tunai, telefon bimbit dan ‘power bank’.

Muhammad Rayyan Adam bin Abdullah Mulok @ Royston Anak Mulok, 29, mengaku bersalah mencuri wang tunai $268, tiga telefon bimbit dan satu ‘power bank’ dari bilik darjah dan bilik guru Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Jalan Muara pada 17 dan 25 Ogos 2016.

Dia mencuri wang tunai, telefon bimbit dan power bank milik enam orang pelajar dan seorang guru.

Tertuduh mengaku telah menjual telefon bimbit dan ‘power bank’ tersebut, dan hasilnya digunakan untuk perbelanjaan sendiri.

Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin memerintahkan hukuman ke atas tertuduh berkuatkuasa pada hari pertama dia ditahan reman iaitu pada 27 Ogos.

ARTIKEL YANG SAMA