Bekas pemimpin gerila terkorban

Bekas pemimpin gerila terkorban

DILI, Timor Leste, 9 Ogos (AFP) – Bekas pemimpin gerila Timor Leste dilaporkan terbunuh dalam satu pertempuran membabitkan polis dan tertera, menurut satu kenyataan dikeluarkan kerajaan negara itu, hari ini.

Mauk Moruk yang sering mengkritik wira kemerdekaan Timor Leste, Xanana Gusmao, meninggal dunia pada Sabtu selepas polis dan tentera menjalankan operasi bersama di bandar Fatulia di wilayah Harare.

“Setiap usaha yang dilakukan ketika operasi adalah untuk mengelakkan kejadian ini (pembunuhan).

“Malangnya ini adalah operasi bersama.. tidak dapat dielakkani… konfrontasi di kawasan Fatulia telah bertukar kepada insiden tembak menembak,” kata jurucakapnya.

Jurucakap itu berkata, terdapat dua kematian lain dan beberapa kecederaan tetapi tidak dapat dikenal pasti identitinya. Kerajaan negara itu juga menggesa semua rakyatnya bertenang.

Bekas pemimpin gerila Timor Leste terkorban dalam satu operasi gabungan. – Reuters
Bekas pemimpin gerila Timor Leste terkorban dalam satu operasi gabungan. – Reuters

Kerajaan negara itu dalam kenyataannya pada Mei menyatakan bahawa operasi bersama bermula pada Mac lalu susulan serangan ke atas polis, termasuk serangan pada 8 Mac ke atas pasukan keselamatan oleh sekumpulan yang dilengkapi senjata api dan bahan letupan sehingga menyebabkan empat anggota keselamatan cedera.

Kenyataan berkenaan sebelum ini turut menyifatkan kumpulan Moruk sebagai haram dan menyatakan operasi gabungan itu adalah untuk mencegah dan menyekat tindakan jenayah di kalangan kumpulan haram terbabit. Sebilangan besar ahli kumpulan itu juga telah menyerah kalah, kata kenyataan itu lagi.