Bekas pemimpin HK didakwa berhubung rasuah

Bekas pemimpin HK didakwa berhubung rasuah

HONG KONG, 5 Oktober (AFP) – Bekas pemimpin Hong Kong, Donald Tsang, yang menamatkan penggalnya dalam keaiban selepas menerima wang suapan daripada taikun, muncul di mahkamah hari ini selepas didakwa salah laku dalam kes rasuah berprofil tinggi terbaru yang melanda bandar tersebut.

Tsang, 70, telah disiasat di bawah Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) sejak dia meletak jawatan pada Jun 2012. Dia telah dibebaskan oleh mahkamah majistret atas ikat jamin HK$100,000 ($13,000) dan akan hadir semula dibicarakan pada 13 November.

Dengan wajah yang serius dan memakai tali leher kupu-kupu, Tsang hanya bercakap untuk mengesahkan dia difahamkan mengenai dua dakwaan salah laku.

Dia memegang jawatan kepimpinan ketua eksekutif selama tujuh tahun dari 2005 dan akan menjadi pegawai Hong Kong berpangkat tinggi yang berdepan perbicaraan rasuah. Bercakap di luar mahkamah dia menegaskan dia ‘tidak bersalah’.

“Saya amat yakin yang mahkamah akan melepaskan saya pada akhir prosiding ini,” ujarnya.

Isterinya, Selina yang menemaninya mengatakan dia ‘amat dukacita’ dengan kes ini.

“Kami berharap keamanan dan ketenteraman sewaktu dalam persaraan ini….sebaliknya kami mendapati diri kami diheret dalam situasi ini,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA