Bekas pemimpin Nepal meninggal dunia

Bekas pemimpin Nepal meninggal dunia

KATHMANDU, 9 Feb – Bekas Perdana Menteri Sushil Koirala, yang bersederhana dalam politik Nepal yang belum selesai, meninggal dunia kelmarin, yang memperlihatkan kemungkinan halangan dalam usaha untuk meraih hak lebih besar bagi minoriti dalam perlembagaan baru.

Koirala, 78 tahun, orang kanan dalam salahl sebuah dinasti politik terbesar Nepal, meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Oktober lalu. Dia meninggal dunia semalam akibat penyakit pernafasan, menurut salah seorang doktornya, di rumah anak saudara lelakinya di Kathmandu.

Dia pernah membantu menyediakan perlembagaan republikan pertama Nepal yang diharapkan oleh para pembentuk perlembagaan akan membawa negara Himalaya itu lebih dekat kepada kestabilan dan keamanan selepas konflik bertahun-tahun dan pemansuhan pemerintahan beraja yang berusia 239 tahun.

Koirala adalah ketua parti Kongres Nepal, kumpulan pembangkang terbesar dalam parlimen dan dijangka berdepan cabaran kepimpinan bulan depan.

Nepal dilanda kekacauan sejak perlembagaan baru digubal pada September. Masyarakat etnik Madhesi melancarkan bantahan ke atas piagam itu, dengan mengatakan ia tidak memberi tumpuan pada keinginan mereka bagi hak bersuara lebih luas dalam kerajaan.

Gambar yang diambil pada 10 Februari 2014 menunjukkan Sushil Koirala melambai kepada petugas media semasa beliau berjalan keluar dari parlimen di Kathmandu. – Reuters
Gambar yang diambil pada 10 Februari 2014 menunjukkan Sushil Koirala melambai kepada petugas media semasa beliau berjalan keluar dari parlimen di Kathmandu. – Reuters

Laxman Lai Karna dari pati Sadbhavana yang mengaturkan bantahan itu, berkata kematian Koirala tidak akan menjejaskan rundingan yang bertujuan meraih hak lebih besar bagi pihak minoriti.

Pihak lain berkata kematiannya menimbulkan masalah penggantian bagi dinasti Koirala. Dia tidak pernah berkahwin.

“Lebih genting ialah siapa akan membawa legasi dinasti Koirala yang telah melahirkan empat perdana menteri pada masa lalu dan mendominasi parti Kongres Nepal dalam tempoh enam dekad lau,” kata Yubaraj Ghimire, pengarang akhbar harian Annapurna Post. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA