Bekas Pencaragam SMJA bertemu semula

Bekas Pencaragam SMJA bertemu semula

Oleh Dk Maimon Pg Hassan

 

SETELAH lebih 30 tahun, bekas pancaragam Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) telah mengadakan majlis pertemuan semula di Restoran Stadium Berakas, baru-baru ini. Pada majlis berkenaan, bekas ahli Pancaragam SMJA, guru-guru pengawas dan tenaga pengajar juga bersedekah membacakan Surah Al-Fatihah kepada rakan-rakan mereka yang telah meninggal dunia.

Pancaragam Sekolah Menengah SMJA ditubuhkan pada 3 Mac 1976 dan pernah mendapat tempat pertama dan kedua dalam pertandingan pancaragam antara sekolah menengah dan kerap menerima pelbagai jemputan dari dalam dan luar daerah.

Bekas ahli Pancaragam Sekolah Menengah SMJA bergambar ramai sempena majlis pertemuan semula mereka. – Gambar Pinky Tee
Bekas ahli Pancaragam Sekolah Menengah SMJA bergambar ramai sempena majlis pertemuan semula mereka. – Gambar Pinky Tee

ARTIKEL YANG SAMA